Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan

Keahlian dalam Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan ini bermakna keikhlasan dalam menyumbang ehsan kepada keluarga atau waris yang kesedihan atas kematian yang berlaku. Keahlian dalam badan ini juga bermaksud membenarkan AJK menjalankan amanah yang diberi dengan telus dan berhemah.

KAEDAH PEMBAYARAN PAMPASAN. ( buat masa sekarang )

1. Ahli yang mencarum mulai Tahun 2016 hingga tahun semasa akan diberikan pampasan.

2. Pampasan akan ditolak sebanyak RM 48.00 bagi tiap 1 tahun jika ahli gagal membayar Yuran Tahunan pada tahun-tahun yang berikutnya. Ini tidak termasuk tambahan pemotongan sebanyak RM 5.00 kerana @ jika ahli tidak aktif lebih dari 1 tahun.

Contoh :

Ahli membayar pada tahun 2016 , tapi tidak membayar yuran tahunan bagi tahun 2017 , 2018 , 2019. Maka RM 700.00 ditolak RM 144.00 dan ditolak RM 5.00 . Pampasan yang akan dibayar berjumlah RM 551.00.

Pampasan akan dibayar sehingga Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan kehabisan dana.

KITA JADI AHLI KERANA KITA MINAT DAN KITA SUKA.

Maklumat Umum

Yuran keahlian adalah berkonsepkan sedekah kepada keluarga individu lain yang meninggal dunia jika ahli atau keluarga ahli tidak meninggal dunia.

Kenapa perlu jadi ahli ?

1. Bukan kerana pampasan dan faedah kerana nilainya hanya sedikit.
2. Bukan kerana pengurusan jenazah kerana tetap akan ada orang yang akan menguruskan jenazah.
3. Bukan kerana sedekah dan amal jariah kerana kita selalu memberi sedekah dan amal jariah.
4. Bukan kerana keanggotaan ahli kerana kita telah menjadi ahli pelbagai pertubuhan.
5. Bukan kerana nilai yurannya kerana kita telah membayar banyak bentuk yuran.

KITA JADI AHLI KERANA KITA MINAT DAN KITA SUKA. ITU AJA.

Yuran Ahli ( RM 5.00 )

Hanya untuk ahli baru dan ahli yang tidak aktif lebih dari 1 tahun.

Yuran Tahunan ( RM 48.00 )

RM 48.00 satu tahun. ( berkuatkuasa pada tahun semasa bayaran dibuat. Contoh* Jika dibayar pada bulan Mei 2019 , tarikh kuatkuasa ahli adalah bermula 1 Januari 2019 dan tamat pada 31 Disember 2019)
Bayaran ini adalah untuk ahli dan merangkumi keluarga asas ahli yang belum berkahwin dan berumur sehingga 18 tahun termasuk keluarga ahli yang melebihi umur 19 tahun tapi masih belajar. ( bukti institusi pendidikan perlu disertakan semasa membuat tuntutan )

Individu yang berumur 19 tahun dan ke atas samada pemastautin atau tidak , boleh menjadi ahli Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan.

Kebaikkan Menjadi Ahli.

1. Pampasan sebanyak RM 700.00 ( Jika ahli meninggal dunia )
2. Pampasan sebanyak RM 500.00 ( Jika isteri @ suami ahli meninggal dunia )
3. Pampasan sebanyak RM 200.00 ( Jika anak ahli yang berumur dari 13 tahun hingga 18 tahun meninggal dunia.Anak yang melebihi umur 19 tahun tapi masih belajar dan belum berkahwin juga dikira di bawah tanggungan ahli. ( bukti institusi pendidikan perlu disertakan semasa membuat tuntutan )  )
4. Pampasan sebanyak RM 120.00 ( Jika anak ahli yang berumur dari 1 tahun hingga 12 tahun )
5. Pampasan sebanyak RM 60.00 ( Jika anak ahli berumur dari lahir hingga 1 tahun )
6. Pampasan sebanyak RM 250.00 ( Jika ibu atau bapa atau mertua ahli meninggal dunia )
7. Pampasan sebanyak RM 150.00 ( Jika ibu atau bapa atau mertua meninggal dunia di luar kariah Felda Bukit Kuantan )

** Tidak ada sebarang pemotongan pampasan dibuat bagi kelengkapan pengurusan jenazah.
*** Anak ahli membawa maksud "Anak Kandung " , " Anak Tiri " atau " Anak Angkat "

*** Jika ahli meninggal dunia pada tahun semasa , isteri @suami ahli secara otomatik akan menjadi ahli. Dan jika isteri @ suami aruah ahli itu meninggal dunia juga pada tahun semasa , pampasan yang dibayar adalah sebanyak RM 700.00.

KAEDAH PEMBAYARAN PAMPASAN. ( buat masa sekarang )

1. Ahli yang mencarum mulai Tahun 2016 hingga tahun semasa akan diberikan pampasan.
2. Pampasan akan ditolak sebanyak RM 48.00 bagi tiap 1 tahun jika ahli gagal membayar Yuran Tahunan pada tahun-tahun yang berikutnya. Ini tidak termasuk tambahan pemotongan sebanyak RM 5.00 kerana @ jika ahli tidak aktif lebih dari 1 tahun.

Contoh : 
Ahli membayar pada tahun 2016 , tapi tidak membayar yuran tahunan bagi tahun 2017  , 2018 , 2019. Maka RM 700.00 ditolak RM 144.00 dan ditolak RM 5.00 . Pampasan yang akan dibayar berjumlah RM 551.00.

Pembayaran Yuran

1. Yuran boleh dibayar kepada bendahari Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan di alamat 222 FELDA Bukit Kuantan.
2. Yuran boleh juga dibayar secara online terus ke akaun bank khairat kematian FELDA Bukit Kuantan.
3. Yuran boleh juga dibayar kepada kerani MPKK di pejabat MPKK FELDA Bukit Kuantan. (UP: Pn Nurul bt Abd Fatah )

Peralatan Jenazah

Set peralatan jenazah boleh diambil di pejabat MPKK pada waktu pejabat atau melalui individu pemegang kunci berikut jika di luar dari waktu pejabat.

1. Ketua Kampung FELDA Bukit Kuantan.
2. Pn. Nurul bt Abd Fatah.
3. En Mohd Busu b Umat
4. Bendahari Badan Khairat Kematian Felda Bukit Kuantan

Perkhidmatan Van Jenazah.

Fi yang dikenakan bagi sebarang perkhidmatan Van Jenazah adalah di bawah pengurusan pihak Masjid Felda Bukit Kuantan.

Sebarang persoalan atau pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Masjid Felda Bukit Kuantan. 

Penyempurnaan Jenazah

Adalah lebih baik jika keluarga sendiri yang menyempurnakan jenazah . Namun begitu Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan memberi kepercayaan kepada individu berikut untuk mengepalai urusan penyempurnaan jenazah dengan dibantu oleh keluarga atau individu yang bersedia untuk menawarkan diri.

Jenazah Lelaki :
1. TN HJ MOHAMAD B TAHA.
2. EN. HAIRUL NIZAN B SAARI

Jenazah Wanita :
1. PN HJH FATIMAH BT CHOH
2. PN SITI FATIMAH BT OTHMAN

Pengurusan Jenazah.

Tidak ada sebarang bentuk fi atau upah atau bayaran dikenakan kepada keluarga atau waris ahli. Namun begitu , sebarang bentuk sumbangan adalah di atas budi bicara pihak keluarga atau waris.

Bagi bukan ahli , sebarang bentuk fi atau upah atau bayaran yang dikenakan kepada keluarga atau waris adalah tertakluk kepada pihak yang menguruskan jenazah. Jika bukan ahli menggunakan kelengkapan milik Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan , harga yang perlu dibayar adalah seperti berikut.

Jenazah lelaki : RM 180.00
Jenazah wanita : RM 200.00

Bagi musafir yang meninggal dan dikebumikan di FELDA Bukit Kuantan , segala urusan adalah percuma.

Berikut adalah Jawatankuasa yang diberi kepercayaan untuk menguruskan Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan bagi sesi 2019 hingga 2021.

Pengerusi
TN HAJI JANTAN B BAKAR

Setiausaha
EN ZAINUDDIN B SAMSUDIN

Bendahari
EN NOR MOHAMAD B ABDUL KARIM

Jawatankuasa
TN HJ AHMAD B JUSOH
TN HJ MEGAT B KADIR
TN HJ MALEK B HASSAN
TN HJ MOHAMAD B TAHA
(Bertanggungjawab sebagai ketua pengurusan jenazah lelaki )
EN MOHD BUSU B UMAT
EN KAMSAN B SARIF
EN SAZALI B SABTU
( Bertanggungjawab terhadap semua eset milik Khairat Kematian )
EN AZHARI B JAMALUDDIN
( Bertanggungjawab membantu En Sazali b Sabtu )
PN HJH FATIMAH BT CHOH
(Bertanggungjawab sebagai ketua pengurusan jenazah wanita )
PN HJH RODZIAH BT BONGSU YAKOB

Pemeriksa kira-kira
TN HJ SHAHDAN B SENAWI
PN ROZILAWATI BT MUHAMMAD

No comments:

Post a Comment