
Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan ditubuhkan sebagai langkah memudahkan pengurusan jenazah hingga ke tanah perkuburan serta proses pengkebumian bagi ahli atau waris.Semangat gotong-royong dalam memberikan dan menyediakan sumbangan kewangan , tenaga , dan peralatan bagi menyempurnakan jenazah sejak FELDA Bukit Kuantan ini ditubuhkan amatlah dihargai. Hanya ALLAH SWT yang membalas jasa empunya diri.
Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan
1. Ahli yang mencarum mulai Tahun 2016 hingga tahun semasa akan diberikan pampasan.
2. Pampasan akan ditolak sebanyak RM 48.00 bagi tiap 1 tahun jika ahli gagal membayar Yuran Tahunan pada tahun-tahun yang berikutnya. Ini tidak termasuk tambahan pemotongan sebanyak RM 5.00 kerana @ jika ahli tidak aktif lebih dari 1 tahun.
Contoh :
Ahli membayar pada tahun 2016 , tapi tidak membayar yuran tahunan bagi tahun 2017 , 2018 , 2019. Maka RM 700.00 ditolak RM 144.00 dan ditolak RM 5.00 . Pampasan yang akan dibayar berjumlah RM 551.00.
Pampasan akan dibayar sehingga Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan kehabisan dana.Tuesday, 5 February 2019
Mesyuarat Agung
Tarikh : 27 Januari 2019
Tempat : Balairaya Felda Bukit Kuantan.
Mesyuarat AJK
Mesyuarat AJK Kali 1
Tarikh : 03 FEB 2019
Tempat : Bilik Mesyuarat MPKK
Keputusan diambil.
1. Sebarang yuran keahlian dibayar kepada kerani MPKK di pejabat MPKK Felda Bukit Kuantan.
2. Sumbangan penghargaan kepada bekas bendahari yang meletak jawatan kerana masalah kesihatan yang bernilai RM 200.00 dalam bentuk tunai selain sijil dan plaq.
3. Melantik bendahari baharu.
4. Memberi tugasan kepada AJK.
5. Pengurusan van jenazah berada di bawah tanggungjawab Masjid Bukit Kuantan.
6. Banner akan dipasang bagi mengekalkan ahli dan menambah bilangan ahli baru. Ringkasan kebaikkan menjadi ahli akan dipaparkan.
7. Membayar elaun saguhati sebanyak RM 150.00 satu tahun kepada pengerusi , setiausaha , dan bendahari. Saguhati ini adalah pengurangan daripada jumlah yang dibayar pada tahun-tahun sebelumnya.
8. Membayar saguhati penyelenggaraan tanah perkuburan sebanyak RM 200.00 setiap bulan kepada En Mohamad b Ngah ; 125 Felda Bukit Kuantan.( Pak Lah Roti Canai ) Ini adalah penyambungan dari kaedah pembayaran yang dibuat oleh AJK sebelum sesi 2019 hingga 2021.
9. Membayar saguhati untuk kerja-kerja pentadbiran kepada kerani MPKK sebanyak RM 150.00 setiap bulan. Ini adalah penyambungan dari kaedah pembayaran yang dibuat oleh AJK sebelum sesi 2019 hingga 2021.