Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan

Keahlian dalam Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan ini bermakna keikhlasan dalam menyumbang ehsan kepada keluarga atau waris yang kesedihan atas kematian yang berlaku. Keahlian dalam badan ini juga bermaksud membenarkan AJK menjalankan amanah yang diberi dengan telus dan berhemah.

KAEDAH PEMBAYARAN PAMPASAN. ( buat masa sekarang )

1. Ahli yang mencarum mulai Tahun 2016 hingga tahun semasa akan diberikan pampasan.

2. Pampasan akan ditolak sebanyak RM 48.00 bagi tiap 1 tahun jika ahli gagal membayar Yuran Tahunan pada tahun-tahun yang berikutnya. Ini tidak termasuk tambahan pemotongan sebanyak RM 5.00 kerana @ jika ahli tidak aktif lebih dari 1 tahun.

Contoh :

Ahli membayar pada tahun 2016 , tapi tidak membayar yuran tahunan bagi tahun 2017 , 2018 , 2019. Maka RM 700.00 ditolak RM 144.00 dan ditolak RM 5.00 . Pampasan yang akan dibayar berjumlah RM 551.00.

Pampasan akan dibayar sehingga Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan kehabisan dana.

KITA JADI AHLI KERANA KITA MINAT DAN KITA SUKA.

Tuesday, 5 February 2019

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK Kali 1


Tarikh : 03 FEB 2019
Tempat : Bilik Mesyuarat MPKK

Keputusan diambil.

1. Sebarang yuran keahlian dibayar kepada kerani MPKK di pejabat MPKK Felda Bukit Kuantan.
2. Sumbangan penghargaan kepada bekas bendahari yang meletak jawatan kerana masalah kesihatan yang bernilai RM 200.00 dalam bentuk tunai selain sijil dan plaq.
3. Melantik bendahari baharu.
4. Memberi tugasan kepada AJK.
5. Pengurusan van jenazah berada di bawah tanggungjawab Masjid Bukit Kuantan.
6. Banner akan dipasang bagi mengekalkan ahli dan menambah bilangan ahli baru. Ringkasan kebaikkan menjadi ahli akan dipaparkan.
7. Membayar elaun saguhati sebanyak RM 150.00 satu tahun kepada pengerusi , setiausaha , dan bendahari. Saguhati ini adalah pengurangan daripada jumlah yang dibayar pada tahun-tahun sebelumnya.
8. Membayar saguhati penyelenggaraan tanah perkuburan sebanyak RM 200.00 setiap bulan kepada En Mohamad b Ngah ; 125 Felda Bukit Kuantan.( Pak Lah Roti Canai ) Ini adalah penyambungan dari kaedah pembayaran yang dibuat oleh AJK sebelum sesi 2019 hingga 2021.
 9. Membayar saguhati untuk kerja-kerja pentadbiran kepada kerani MPKK sebanyak RM 150.00 setiap bulan. Ini adalah penyambungan dari kaedah pembayaran yang dibuat oleh AJK sebelum sesi 2019 hingga 2021.

No comments:

Post a Comment