Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan

Keahlian dalam Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan ini bermakna keikhlasan dalam menyumbang ehsan kepada keluarga atau waris yang kesedihan atas kematian yang berlaku. Keahlian dalam badan ini juga bermaksud membenarkan AJK menjalankan amanah yang diberi dengan telus dan berhemah.

KAEDAH PEMBAYARAN PAMPASAN. ( buat masa sekarang )

1. Ahli yang mencarum mulai Tahun 2016 hingga tahun semasa akan diberikan pampasan.

2. Pampasan akan ditolak sebanyak RM 48.00 bagi tiap 1 tahun jika ahli gagal membayar Yuran Tahunan pada tahun-tahun yang berikutnya. Ini tidak termasuk tambahan pemotongan sebanyak RM 5.00 kerana @ jika ahli tidak aktif lebih dari 1 tahun.

Contoh :

Ahli membayar pada tahun 2016 , tapi tidak membayar yuran tahunan bagi tahun 2017 , 2018 , 2019. Maka RM 700.00 ditolak RM 144.00 dan ditolak RM 5.00 . Pampasan yang akan dibayar berjumlah RM 551.00.

Pampasan akan dibayar sehingga Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan kehabisan dana.

KITA JADI AHLI KERANA KITA MINAT DAN KITA SUKA.

Ahli Khairat FELDA Bukit Kuantan


Senarai ahli khairat kematian FELDA Bukit Kuantan

Harap maklum bahawa nombor resit pembayaran adalah nombor rujukan ahli. Pembayaran yuran keahlian adalah berdasarkan tahun semasa. Senarai keahlian akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.

Sila klik link @ pautan di bawah.

2019 Senarai Nama Ahli Khairat

2020 Senarai Nama Ahli Khairat 

No comments:

Post a Comment