Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan

Keahlian dalam Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan ini bermakna keikhlasan dalam menyumbang ehsan kepada keluarga atau waris yang kesedihan atas kematian yang berlaku. Keahlian dalam badan ini juga bermaksud membenarkan AJK menjalankan amanah yang diberi dengan telus dan berhemah.

KAEDAH PEMBAYARAN PAMPASAN. ( buat masa sekarang )

1. Ahli yang mencarum mulai Tahun 2016 hingga tahun semasa akan diberikan pampasan.

2. Pampasan akan ditolak sebanyak RM 48.00 bagi tiap 1 tahun jika ahli gagal membayar Yuran Tahunan pada tahun-tahun yang berikutnya. Ini tidak termasuk tambahan pemotongan sebanyak RM 5.00 kerana @ jika ahli tidak aktif lebih dari 1 tahun.

Contoh :

Ahli membayar pada tahun 2016 , tapi tidak membayar yuran tahunan bagi tahun 2017 , 2018 , 2019. Maka RM 700.00 ditolak RM 144.00 dan ditolak RM 5.00 . Pampasan yang akan dibayar berjumlah RM 551.00.

Pampasan akan dibayar sehingga Badan Khairat Kematian FELDA Bukit Kuantan kehabisan dana.

KITA JADI AHLI KERANA KITA MINAT DAN KITA SUKA.

Penyata Kewangan Bulanan

Baki Penyata Kewangan Bermula 1 Januari 2019

Berikut adalah baki kewangan semasa yang direkodkan semasa majlis serah tugas bendahari lama kepada bendahari sesi 2019 hingga 2021.



Penyata Kewangan Bulanan.


2019 Sila klik untuk melihat Penyata Kewangan Bulanan Semasa.

2020 Penyata Kewangan Bulanan

No comments:

Post a Comment